hari ke4, patotnya fiqah nak bawak pergi mana tah..die dah siap pinjam kereta kat junior die tapi tetiba cek weather, snow storm.. aku bangun2 pagi kejut fiqah bukak langsir, snow turun..ok aku happy..hahaaha..tapi yang tak happy stuck kat rumah... tak boleh g mana sebab bahaya.. inilah risiko kalau kita pergi masa winter atau masa salji turun ke.. hahahhaa.. kalau dah siap2 itinerary tu, harap ada back up plan.. *peringatan diri sendiri jugak... so sepanjang hari duduk layan movie, sebab tengom tv pon bukak2 bahasa jepun..haram aku nak faham..tp ada channel disney.. dalam english boleh la fham.. fiqah masakkan... tido.. hahahaa...
esoknya siap2 kemas, fiqah bawak g kyoto dan aku akan ke kansai airport dengan kakak aku untuk tido sana... ala biasalah kan traveller yang berbajet apa adahal kan lepak airport.. sebab rabu pagi flight aku so memang tak sempat nak gerak dari rumah fiqah yang amik masa 4 jam.. sampai kyoto, fiqah bawak g temple semua..makan..cuma aku tak berkesempatan nak try yukata ke kimono ke.. kiteorg jalan2 naik bas jek.. bayar untuk pass 1 hari.. beli souvenir pon kat sini..ada kyoto tower dalam die tu kat satu makcik hujung belah kanan..tshirt die jek murah.. 950 yen.. orang lain semua 1k lbh yen.. tp brg sini memang mahal sikit kan.. aku makan soba pon kat kyoto ni,, emm,, aku tak suke sangat kot soba.. mungkin aku bukan penggemar noodles..cuaca pun dah tak sesejuk masa hari 1st smpai hari ke4... sejuk tapi nyaman.. sebab ok jek aku pakai trench coat aku ni.. tp 4 lapis la bj kat dalam.. sejujurnya aku tak puas jalan kat kyoto.. kalau ada peluang lagi, aku nak explore kyoto betol2.. mungkin aku memang suke sejarah. senibina dan culture kot.. aku memang tak suke shopping melain kan shopping makan...hahahahaha...
lepastu fiqah terus ajar nak naik train mana..ke kansai..die tak dapat hantar.. tapi dia dah suruh aku beratur siap2 kat gerabak mana sebab memang la semua gerabak ni sampai sama.. tapi kat 1 destinantion dia akan pecah 2.. so kalau silap naik, tah kat mana kau.. sebab aku be2 dengan kakak aku, aku tak kisah sangat.. kalau tetibe tah ke mana sesat.. aku boleh la call fiqah..whatsapp la..hahahahaha.. so malam tu bermalam kat airport dengan rondaan polis airport yang handsome..kahkah... 1 jekla kat sana, aku jadi confident dengan english aku.. hahahaha... padahal balik malaysia ke laut english aku... interviewer pon pening agaknya dengar aku speaking..
macam mana pun teruk keadaan kat malaysia, mcm mana suke pon aku tgk kehidupan dan negara orang, semua tu aku belajar dan jadikan pengajaran... compare and learn.. itu la tujuan aku mengembara.. jauh perjalanan luas pemandangan.. dan jalan tu jangan setakat jalan... tapi fikir.. malaysia tetap no 1 dalam hati aku.. patriotik tak?? rumah kecik mak ayah aku ni tetap umpama syurga untuk aku.. johor tetap negeri yang aku sayang.. sebab aku membesar dengan makanan sini.. so aku rasa susah kot kalau aku ni tercampak mana2.. aku nakkan suasana melayu dan islam malaysia.. sebenarnya banyak benda yang kita terlalu kejar compare nak macam negara luar tapi lupe bersyukur dengan negara sendiri.. walaupun disiplin orang sini ke laut, ahahahhaa... tapi ada jugak benda yang aku masih bersyukur tinggal kat malaysia.. abaikan kestabilan politik yang tak berapa nak stabil....
tujuan gambar nak tunjuk snow turun.. abaikan si gemok purple.. mcm badan mak orang anak 20 dah! -,-
salji turun sepoi2 bahasa di gifu.. not snow on the sahara hokayh
aku tak tau la apa fiqah buat ni dalam temple ni.. barangkali cuba angkat besi tu ala2 king arthur nak cabut pedang..
abaikan kegemukkan makhluk purple tersebut
spot makhluk gemok purple
tetibe tahan mereka yang tah siapa2 ni.. ajak amik gamba.. ni adalah rules bila jalan ke negara orang hokayh.. hhahhahaa..untuk menampakkan budaya..
here i am.. kyoto.. apa tah nama die
mcm panas. mcm la... (sambil gesek tangan kat tar utk keluarkan api dari geseran)
separuh badan pun takpe.. yang penting nampak pernah sampai sini..kohkoh..
setahun lebih dah pun berlalu.. masa pergi ni zaman aku bertunang..sekarang dah tak bertunang.. dah kawen dah pun dengan bekas tunang..kahkahkah.. memang sangat fun walaupun balik tragedi menyayat hati terjadi di mana bapak aku kritikal kat hospital.. nasib baik bekas tunang amik kat airport so that dia terus pecut laju balik bp.. sepanjang2 menangis jekla aku.. padanla percutian aku serba tak kena.. alhamdulillah ayah pun dah sihat... nampak sangat dia takleh jauh ni dari anak2.. kahkahkah... semua pun dah berubah..fiqah pun dah kawen... jeng jeng jeng
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
tour guide dah kawen dengan orang jepon.. bernama kimura shinsuke.. so lepas ni harap dia masih boleh jadi tour guide aku...kihkih dan paling jeng jeng jeng... fiqah pon dah kawen dan dah ada seorang prince yang cute... gambar tak dapat diupload atas sebab2 tertentu..ehehehehe dan aku?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
--
-
aku jugak masih macam ni.. makan ais krim sorang takde baby.. hahahahahaha...
"jom makan soft cream! makan time sejuk2 macam ni sedap!" kata2 fiqah.. -,- ok mmg sedap.. :)
end of story.. lepas ni nak throwback benda2 lain plak..tp penat.. nnt jekla... cuma nya sepanjang kat sana fiqah mintak 10 000yen untuk transportation.. lebih kurang rm300 lbh la.. ada balance 200 yen kalau tak silap... makan tak siap..masuk tempat2 yang tak berapa banyak sekali la untuk 10 000 yen tu.. siap souvenir makan luar semua dalam rm900 lbh la aku habis.. tu pon sebab aku duduk rumah fiqah.. dan jarak rumah fiqah tu menyebabkan memerlukan agak banyak public transport..so cost kat situ la... tp ok la... alamak.. makanan fiqah masakkan gamba hilang.. hahahaha.. nanti carik masukkan.. tp sangat sedap salmon sana! fresh kot... until then,, wassalam :)





No comments:
Post a Comment