lepas tu fiqah bawak g makan takoyaki kat gerai2 situ.. ok dalam keadaan kau yang membeku makan panas2..perghhh nikmat.. takoyaki pon sedap.. lain la dari makan kat malaysia.. ala nama pun negara pengeluar kan... ok ok ni aku tau berapa.. sebab kakak aku belanja.. hahahha 9biji 500yen.. 100yen = rm3 masa tula..sekarang ni dah 3lbh kot.. so rm15 untuk 9 biji.. udon yang aku makan kat airport pon lbh kurang 500yen jugak... jepun ni memang ada 1yen.. tp 1 yen tu kau g jekla masuk tabung sedekah.. tak pun kau g tebuk buat loket or jadikan souvenir jek la..hahahaha.. bermula 1 yen, 10 yen, 50 yen, 100 yen, 500 yen...ni semua syiling tp harga barang dia yang aku perasan start dengan 150 yen,, 50 yen tu berguna sebagai emm macam kalau kau beli barang tak cukup 50 yen, so guna la...hahahahhaa.. coke pun 150yen... tetibe teringat balik perasaan nobita masa die ada 50 yen jek..ok faham!
lepas tu balik rumah dia terus..dia beli nasi kepal kat convenient store.. ok sedap! ni pon sama 150yen kalau aku tak silap tapi kau beli 2 dah kenyang dah... tuna dengan udang.. sampai jek gifu, tunggu kawan fiqah dtg amik, tetiba salji turun.. nila moment yang aku tunggu! rasa nak nanges.. walaupun rintik2.. sempatla merasa sikit.. sejuk pun tak heran dah masa tu..janji dapat rasa salji.. sampai siapkan diri terus tido.. hoi! tak boleh nak sejuk lagi ke ? gigil kot mandi.. bayangkan nak amik wuduk kul 4pg.. itu ok lagi.. aku ni mandi wajib kot kul 4 pg dalam cuaca yang membeku.. water heater memang ada tp smpai kaki airnya dah sejuk.. haihhh..
esoknya fiqah bawak g gifu jalan2.. makan sushi yang sedap sampai kene beratur... lepastu bawak pergi supermarket area rumah dia, park kat gifu tp banyak la tempat tutup takleh nak masuk so mcm kecewa sikit... gifu ni mcm kawasan kampung bagi orang sana.. tapi.. kampung dia ada shopping complex yang mcm tak kampung.. tengah2 jalan pun ada batas sayur... kesimpulannya kampung dia bukan mcm kampung malaysia la..
lusanya pulak fiqah bawak pergi nagoya.. fiqah mcm cantik2 sikit and bawak beg branded sikit sebab dia kata nagoya ni ala2 bandar orang kaya la.. ok bila aku terserempak nenek2 sana pon make up hokay... hahahahaa.. cara kami solat? sebab boleh jamak kan, maka aku jamak jekla.. masa ada changing room untuk babies, kami solat gilir2... tp kene cepat2.. tp masa kat nagoya, kami solat kat tangga jek... orang sana takde la menghalau.. dorang pon tak kacau.. tapi jangan la kau semayang tengah2 orang nak lalu lalang membeli belah.. carikla tempat tersorok sikit.. oh wuduk pon kalau boleh simpan la.. sebab toilet die mcm kalau kite terpercik2 kat sinki tu, dorang pandang semacam la.. sebab toilet die takde air..sumber cume kat sinki jek.. nagoya ni aku g shooping complex dengan castle jekla.. yang penting makan.. sebab makanan sana lbh kurang sekali makan 1000yen which is equal to rm30, fiqah cakap makan sedap 1 hari sekali jek..kahkahkah.. tp wpun 30, muai la..air memang air masak jek..tapi 30 tu complete set.. ada starter, main course dengan dessert.. ok la kan..tu pon aku ada jek tak abis.. dasar orang malaysia aku ni.. makan suke membazir..hahahaha...
with her on our way to osaka
nila nasi kepal yang dah bukak...ni udang
ni belum bukak,, nak bukak pon ada cara..untuk mendapatkan hasil yang seperti dia atas..hahaha
ehsan coat fiqah.. 5 thn kat sana macam2 winter coat dia ada tp blue is my fav color..
ok strawberry die tak masam sangat macam kat sini... 1 paket dalam rm15
sushi sana.. tp sebab tekak melayu tu terlalu pekat, amik serbuk cili, tuang ke atas sushi..hahahaha
tolongla cucu cucu abaikan gambar meja bersepah nenek.
unagi cheese salmon semuala..oh dan green tea serbuk yang pekat dan sedap!
emm cheese cake ni aku tak suke sangat sebab tak sedap sangat
tp ni sangat sedap ok! arghhhh
ni kat osaka.. masa ni belom beli glove cantik..kahkah
nila kedai kat osaka.. jalan yang kiri kanan ada kedai
takoyaki 500 yen
kawasan rumah fiqah
me with her.. dia jugak yang ikat cantik2 tali kat coat ni..thanx fiqah
park kat area gifu,,,ada pengunjung yang sudi nak amikkan gamba
sebelum buat sos bijan, sila tumbuk sendiri..
kami yang control tapi tetap menumbuk
ni 1 set lengkap...kenyang ok... miso sup tu sebelum makan tanya dulu ada daging ke tak..kalau ada, sila tinggalkan jek..masa ni aku tak makan sup sebab ada daging
nagoya castle
eh lupa plak..tetiba merayau tak tau mana nak pergi, maka fiqah bawak g nagoya tower ni..
love santuary..boleh buat majlis kawen atas ni.. lepastu ada plaque nama pengantin lekat kat dinding..masa ni fiqah pon 1st time masuk
No comments:
Post a Comment