Aug 4, 2015

#throwback : osaka, gifu, nagoya

ok sekali 3 tempat aku update sebab aku pun tak tau harga2 tempat and line mana aku masuk subway ke kereta api bawah tanah ke apa2 la... yang aku tau fiqah masuk, aku masuk.. hahahhaa... lepas dah kenyang perut, fiqah gelak sebab cakap sorry tak sangka suhu dah cecah 2 darjah balik... memang ya allah sejuknya.. aku kan penduduk khatulistiwa.. mana biasa sejuk.. aircond 16 pon aku dah rasa sejuk.. inikan aircond semulajadi 2... hamek kau... terus ke osaka.. tak banyak aktiviti sangat sebab jalan2 situ sambil teman fiqah shopping untuk tempat keje dia... lorong yang kiri kanan nya ada kedai.. cakap jek nak apa..branded items? ada.. unbranded pun ada.. kakak aku sempat la grab spring coat.. winter coat dah takde memandangkan baju2 dia jual ikut keadaan semasa cuaca.. patotnya takde dah salji masa aku datang ni.. sebab dah nak masuk spring. awal bulan 3 kan..

lepas tu fiqah bawak g makan takoyaki kat gerai2 situ.. ok dalam keadaan kau yang membeku makan panas2..perghhh nikmat.. takoyaki pon sedap.. lain la dari makan kat malaysia.. ala nama pun negara pengeluar kan... ok ok ni aku tau berapa.. sebab kakak aku belanja.. hahahha 9biji 500yen.. 100yen = rm3 masa tula..sekarang ni dah 3lbh kot.. so rm15 untuk 9 biji.. udon yang aku makan kat airport pon lbh kurang 500yen jugak... jepun ni memang ada 1yen.. tp 1 yen tu kau g jekla masuk tabung sedekah.. tak pun kau g tebuk buat loket or jadikan souvenir jek la..hahahaha.. bermula 1 yen, 10 yen, 50 yen, 100 yen, 500 yen...ni semua syiling tp harga barang dia yang aku perasan start dengan 150 yen,, 50 yen tu berguna sebagai emm macam kalau kau beli barang tak cukup 50 yen, so guna la...hahahahhaa.. coke pun 150yen... tetibe teringat balik perasaan nobita masa die ada 50 yen jek..ok faham!

lepas tu balik rumah dia terus..dia beli nasi kepal kat convenient store.. ok sedap! ni pon sama 150yen kalau aku tak silap tapi kau beli 2 dah kenyang dah... tuna dengan udang.. sampai jek gifu, tunggu kawan fiqah dtg amik, tetiba salji turun.. nila moment yang aku tunggu! rasa nak nanges.. walaupun rintik2.. sempatla merasa sikit.. sejuk pun tak heran dah masa tu..janji dapat rasa salji.. sampai siapkan diri terus tido.. hoi! tak boleh nak sejuk lagi ke ? gigil kot mandi.. bayangkan nak amik wuduk kul 4pg.. itu ok lagi.. aku ni mandi wajib kot kul 4 pg dalam cuaca yang membeku.. water heater memang ada tp smpai kaki airnya dah sejuk.. haihhh..

esoknya fiqah bawak g gifu jalan2.. makan sushi yang sedap sampai kene beratur... lepastu bawak pergi supermarket area rumah dia, park kat gifu tp banyak la tempat tutup takleh nak masuk so mcm kecewa sikit... gifu ni mcm kawasan kampung bagi orang sana.. tapi.. kampung dia ada shopping complex yang mcm tak kampung.. tengah2 jalan pun ada batas sayur... kesimpulannya kampung dia bukan mcm kampung malaysia la..

lusanya pulak fiqah bawak pergi nagoya.. fiqah mcm cantik2 sikit and bawak beg branded sikit sebab dia kata nagoya ni ala2 bandar orang kaya la.. ok bila aku terserempak nenek2 sana pon make up hokay... hahahahaa.. cara kami solat? sebab boleh jamak kan, maka aku jamak jekla.. masa ada changing room untuk babies, kami solat gilir2... tp kene cepat2.. tp masa kat nagoya, kami solat kat tangga jek... orang sana takde la menghalau.. dorang pon tak kacau.. tapi jangan la kau semayang tengah2 orang nak lalu lalang membeli belah.. carikla tempat tersorok sikit.. oh wuduk pon kalau boleh simpan la.. sebab toilet die mcm kalau kite terpercik2 kat sinki tu, dorang pandang semacam la.. sebab toilet die takde air..sumber cume kat sinki jek.. nagoya ni aku g shooping complex dengan castle jekla.. yang penting makan.. sebab makanan sana lbh kurang sekali makan 1000yen which is equal to rm30, fiqah cakap makan sedap 1 hari sekali jek..kahkahkah.. tp wpun 30, muai la..air memang air masak jek..tapi 30 tu complete set.. ada starter, main course dengan dessert.. ok la kan..tu pon aku ada jek tak abis.. dasar orang malaysia aku ni.. makan suke membazir..hahahaha...

with her on our way to osaka

nila nasi kepal yang dah bukak...ni udang

ni belum bukak,, nak bukak pon ada cara..untuk mendapatkan hasil yang seperti dia atas..hahaha

ehsan coat fiqah.. 5 thn kat sana macam2 winter coat dia ada tp blue is my fav color..

ok strawberry die tak masam sangat macam kat sini... 1 paket dalam rm15

sushi sana.. tp sebab tekak melayu tu terlalu pekat, amik serbuk cili, tuang ke atas sushi..hahahaha

tolongla cucu cucu abaikan gambar meja bersepah nenek.

unagi cheese salmon semuala..oh dan green tea serbuk yang pekat dan sedap!

emm cheese cake ni aku tak suke sangat sebab tak sedap sangat

tp ni sangat sedap ok! arghhhh

ni kat osaka.. masa ni belom beli glove cantik..kahkah

nila kedai kat osaka.. jalan yang kiri kanan ada kedai

takoyaki 500 yen

kawasan rumah fiqah

me with her.. dia jugak yang ikat cantik2 tali kat coat ni..thanx fiqah

park kat area gifu,,,ada pengunjung yang sudi nak amikkan gamba



sebelum buat sos bijan, sila tumbuk sendiri..

kami yang control tapi tetap menumbuk

ni 1 set lengkap...kenyang ok... miso sup tu sebelum makan tanya dulu ada daging ke tak..kalau ada, sila tinggalkan jek..masa ni aku tak makan sup sebab ada daging

nagoya castle

eh lupa plak..tetiba merayau tak tau mana nak pergi, maka fiqah bawak g nagoya tower ni..

love santuary..boleh buat majlis kawen atas ni.. lepastu ada plaque nama pengantin lekat kat dinding..masa ni fiqah pon 1st time masuk



#throwback : japan lcct --> kansai

jepun memang negara yang aku rasa mmg dalam list aku nak jejak... kebetulan kawan zaman sama2 buat kesalahan disiplin sekolah dan melanggar disiplin pengawas sekolah ada kat sana, maka nilah peluang aku menjejak kaki ke sana.. tp since aku bukan kaki travel, ditambah pulak dengan aku pelancong yang dijemput dan dibawa oleh "tour guide", maka tiada istilah nak amik tau gerabak kereta api nombor berapa or berapa tambang semua... yang aku tau masa aku pergi, tiket air asia harga RM1600 return siap luggage, makan breakfast untuk sorang pergi balik, makan malam dan lunch untuk 2 orang pergi balik... lebih kurang 800 la siap tax semua untuk seorang...

preparation? ok sebab aku ni mcm tourist yang dependable sangat pada tour guidenya, maka aku hanya text "fiqah, nak kene bawak baju bulu2 ke tak?" "tak payah sebab dah nak masuk spring" (aku pergi bulan 3, sehari sebelum mh370 hilang).. maka aku bawak trench coat yang aku beli kat jusco jek hoi.. nampak tak tahap aku memang tak prepare apa2? ubat? tiada... lip balm moiturizer? tiada.. pendek kata aku bawak baju berlenggang2, novel 2 buah kiriman fiqah dan kek cheese kut sebagai buah tangan untuk dia dari air tangan aku...

aku gerak dari batu pahat lepas aku habis kerja dalam pukul 6 rasanya sebab siap2 mandi semua... masa tu dapat la kecek masterji aku untuk balik pukul 5. dia ok jek since aku ni hanya chambering tempat dia. so sampai sana awal jugak la..masa tu ex tunang aku hantar... oh lupe aku travel dengan kakak aku..duit tiket pun die bayar sebab masa tu dia kaya...kahkah.. almaklumla tiket aku tempah setahun sebelum pergi... sejak zaman hingusan LLB lagi... masa nak berangkat lambai2 tangan kat ex tunang rasa sedih plak... rasa nak lipat2 masuk dalam luggage.. 

ok frankly speaking im quite excited for this trip since japan is my dream country to travel and my first time flying in the sky with air plane.. bahahahha.. so i didnt expect any bad thing happened.. tapi biasalah kan tiket pon murah, so kene la redha tmpt duduk pun airline yang arrange.. maka terpisahla kami adik beradik oleh lorong kecik.. aku duduk sebelah 2 japanese guys.. macam mana pun kalau aku kentut kakak aku masih boleh dengar la... lepas dah departed, maka dudukla kematu 6jam lebih dalam flight.. tido pon tak lena sebab sempit kan.. tp pukol 4 lbh pagi aku rasa kagum dengan kebesaran ilahi sebelah kanan sayap aku, nampak sunrise... pergh indahnya subhan allah... no wonder la nama negara ni matahari terbit kan... bila pandang sebelah kiri, japanese guys sedang tido meleleh2 air liur dan gelap (ok tu tipu jek..gelap betol)..

nak dipendekkan cerita, masa nak terbang pilot cakap estimation suhu 22 darjah. dalam hati agak kecewa.. sebab aku nak sejuk.. nak sejuk!!!!!!!ok takpe.. selamat jek landing, pilot annouce suhu 2 darjah.. ok maknanya malam tadi aku pekak... bukan 22 tp 2.. ok ini agak membingungkan sebab aku bawak trench coat nipis... ceh.....nak dijadikan 1 hal lagi, 3 jam kene tahan immigration sana yang tak berapa mesra alam seumpama aku penceroboh dan pendatang tanpa izin sebab aku tak letak alamat kawan aku.. tp ada la immigration yang baik aku lupe nama dia.. bg kad phone die usaha call fiqah,..alhamdulillah semuanya selamat... selamatla jumpa kawan aku yang sorang ni... malas nak cerita drama masa kene tahan.. kenangan buruk... so aku pon keluar pelok2 kawan aku sambil dia bawak pergi makan udon halal kat kansai airport..dia belanja! thanks fiqah!

buku merah jangan lupa bawa

masa tu ringgit belum menjunam 

declaration form..biasala kalau masuk negara orang kan

tu nampak tak aku duduk sebelah 2 japanese guys..agak susah la masa dorang bergilir2 nak g kencing -,-

hah tu bestfriend aku yang dah settle down sana dah pun... fiqah!

dengan kakak penaja khas tiket

udon yang fiqah belanja! nyums


#throwback title

phew phew lama jugak dah tak menulis...

rasanya dah banyak benda yang aku dah missed out... dan sempena kehidupan baru, posts yang lepas kebanyakkan nya dah dibuang memandangkan time tu mungkin belum akil baligh dari segi perasaan dan tindak tanduk... maka banyak kejadian meroyan terjadi.. walau bagaimanapun sepanjang tak menulis ni, kejadian2 yang terjadi akan jadi #throwback.. untuk kesenangan anak cucu baca nenek punya blog kan.. mana la tau... :)

Mar 10, 2015

penganggur tegar

Assalammualaikum...

Nampaknya hampir 3 bulan aku menjadi penganggur... bukan malas kerja, tapi belum ada peluang... kenapa dengan tempat lama? tempat lama ok jek.. cuma nya ada certain reasons aku tarik diri.. finally terdampar aku kat sini.. hahahaha...

mana suami? suami takde... dah pergi bersiap nak jaga keamanan Negara...eceh! that one of the reasons kena berhenti kerja.. sebab nakspend time before separated about 9 months.. so here I am... hanya duduk dan berbakti untuk kedua belah pihak keluarga...tapi I have big project to achieve...I have big dream to be fulfilled...semoga segalanya berjalan lancar...

bila duduk2 macam ni, rasa macam alatak bestnya takde duit nak pergi berjalan2 tengok bumi Allah yang besar ni... ada beberapa Negara yang memang dalam list aku nak sangat pergi selain Mekah.

 
1. JEPUN
 
kenapa jepun? sebab sejak zaman sekolah lagi aku dah di hadapkan dengan kisah2 jepun kat tv. beach boys, great teacher onizuka dan paling best kisah cikgu gangster.alamak lupa tajuk cerita. Dan Alhamdulillah Negara pertama yang aku jejak keluar dari Malaysia adalah Jepun since one of my bestfriends ada kat sana... rasa aku dah update dah pun. cuma tak habis update jek. Tapi aku tak pergi pun Tokyo... cuma pergi Gifu, Osaka, Nagoya dan Kyoto.. besar sangat hokayh Jepun tu...
 
 
2. ISTANBUL
 
Negara ni aku nak pergi sebab ada tinggalan sejarah Islam yang macam menarim untuk diselongkar. bukan sebab cerita Istanbul aku dating  okey... aku nak sangat pergi sebelum cerita tu wujud lagi.. Nak jugak tengok macam mana Negara yang 1 ketika dulu Islam tp finally jadi macam tak berapa nak Islam sangat... dan aku plan nak pergi dengan husband aku... yek! save this place to travel with beloved husband sekali la kalau ada rezeki dengan umrah sekali...beribadat sambil tengok kebesaran ilahi...
 
 
3. NEW ZEALAND
 
hokay ni antara tempat aku nak sangat pergi... Nampak tak tempat2 yang aku nak pergi bukan terkenal untuk shopping ok... bukan interest aku nak shopping2... aku suke tgk view... sangat suka... aku suka antara tempat yang aku boleh back to nature...new Zealand aku rasa terkenal dengan tempat semulajadi yang cantik.. selain ada lembu yang gemok mcm encik jumbo..eh..hahaha.. ada jugak scene cerita hobbit...auwww... dan juga lord of the rings! hewhewhew...insyaallah akan sampai tempat ni jika diizinkan Allah dan ada rezeki lebih...
 
 
4. KOREA
 
Negara ni baru jek masuk dalam list aku... tak pernah pun rasa nak masukkan sebab tak terdedah pun dengan Negara ni... hahaaha.. tp lately rasa meluap jugak nak pergi sebab Runningman! please blame my friend for introducing this variety show to me... arghhh... habis LLB baru aku start marathon cerita ni yang aku save dari cikin... dan akhirnya kakak aku pun terjebak diikuti dengan sepupu rapat aku... dan makcik aku...hahhahaha... tapi the most important thing sebab kenapa aku nak pergi sangat, sebab budaya dan makanan... ya allah.. aku memang tak suke shopping barang but i'll do anything for food... seriously...Jepun dan Korea makanan dia mengiurkan...aku rasalah...
 
 
aku rasa setakat ni, 4 Negara ni jek yang aku memang listkan nak pergi... yang lain2 akan pergi jika ada rezeki lebih... dan jika ada peluang.. tapi Negara yang paling aku tak teringin nak jejak adalah US.. hahhhhaa... memang tak pernah terasa nak pergi pun langsung... eh Negara pertama keluar Malaysia aku jejak Singapore! hahahhaa... lupa sebab Singapore kan dekat jek dengan Johor... so kentut pon aku boleh dengar.. tapi seriously Singapore worth it to travel because of its foods...pergh makanan dia sungguh sedap dan banyak pelik. bukan pelik sebab apa. tapi sebab kat Malaysia ada yang tak boleh makan.. hahahha... tapi sana ada yang boleh makan... sebab Melayu buat... 5 bintang untuk makanan!
 
 
wish that all my dreams will come true...   :)

Sep 12, 2014

'tuah' kami...

jumaat.. supposedly today is my off day..ececeh... tp disebabkan nak amik cuti ahad dan isnin makanya aku ganti harini... bos aku tak kisah orangnya as long as keje siap... emm mungkin sebab aku hanyalah chambering student kot...hahahaa.. startla staf nak ikut jejak langkah aku ganti mengganti..padahal takleh kot.. ataupun sebab bos aku consider yang 16 julai sepatutnya aku dah habis..dah ada lesen dah sekrang ni oi!

takpe2.. kata orang kahwin ni bawak rezeki.. Allah tolong orang yang ikhlas nak menuju ke jalanNya..eceh.. tapi kalau lepas kau kawen, kau berguling2, malas usaha, tunggu duit jatuh dari langit, sampai bile2 la kau takkan dapat kesenangan, lepastu mula salahkan takdir pulak... kalau dulu aku memang tak pandai manage duit... duit elaun selalu habis san aku rasa tak cukup... tp alhamdulillah sejak kawen ni, cukup jek siap bayar hutang.. hahahaha... mungkin sebab jumbo mmg disiplin.. duit belanja lunch aku rm7! takleh lebih! hahahaha,,, nak makan kek ke apa ke, tunggu dengan dia nanti.. dan dia tak kacau pun elaun aku yang pada dia celah gigi die jek...

disebabkan jumbo ni jugak seorang yang sangat penyimpan, sepatutnya aku janji nak sama2 menabung duit letrik, sudahnya aku rasa die sorang jek kot buat.. ampun! dan alhamdulillah cukup jek aku makan malah macam dipam2 badan ini sampai tgk cermin menjerit ingatkan siapa dalam cermin ni... sebab tu aku pun tak suke tgk cermin sekarang... hhahahhaa... (alasan padahal cermin tah mana hilang)...

dan disebabkan penjimatan terhebat dan usaha jumbo mencari duit, akhirnya dapat kami sambut tuah kami... mungkin itu 1 pencapaian yang membanggakan la kan... siapa Tuah? itulah kereta kami..bakal memberi khidmat untuk aku dan jumbo cari rezeki halal... Turbo dah jual... sayu jugak masa nak jual Turbo.. masa keluarga baru Turbo datang nak amik Turbo..yela susah senang kot dengan Turbo...Turbo la yang berkhidmat untuk jumbo mencari rezeki di samping menyenangkan aku belajar masa kat Shah Alam dulu... (nangis sambil makan keledek goreng)...keluarga baru Turbo dari Pahang jauh datang sebab nak Turbo...sebab Turbo cantik... (nangis lagi sambil makan cempedak goreng).. jenuh aku berkejar-kejaran dari court untuk jumpe keluarga baru Turbo... almaklumlah Jumbo ada interview time tu...dan alhamdulillah staf tempat kerja banyak membantu terutama runner tmpt kerja aku,..yela, setengah orang mana nak heran kan sbb aku bukan staf pun... tp sanggup die tolong hantar sampai Puspakom... (now i miss Turbo) jual Turbo sbb nak dapatkan Tuah?kedengaran agak kejam di situ...

tp dalam hidup kite memang tak boleh tamak nak semua... kadang2 kita terpaksa bijak buat keputusan... so Jumbo let go Turbo sebab nampak orang tu pun ok dan betul2 nak Turbo... tiba masa Turbo berkhidmat untuk orang lain pulak,,, dan ambil Tuah sbb lebih stable dan selesa untuk jalan jauh,,, memandangkan Jumbo selalu kene travel.. dan bagilah rasa kan hasil titik peluh die.. kedekut plak kalau mampu tapi taknak keluarkan duit kan... melabur sesuatu untuk dapatkan sesuatu...

harapanku pada Tuah agar dapat berkhidmat dengan kami untuk cari rezeki ye Tuah... :) syukur alhamdulillah...

we will miss u Turbo... (kesat air mata sambil makan keledek goreng)





welcome Tuah! hope u will bring luck in our life... :)
(1000km/j in a week..pecah teruna dah Tuah)

Aug 25, 2014

ex bff,ex bf,ex fiancee

Alhamdulillah akhirnya habis jugak syawal.. banyak perkara yang terjadi sepanjang tak menulis ni... well alhamdulillah almost 3 months as a wife.. rasa syukur 8 thn akhirnya selamat..

He's my ex best friend,my ex boyfriend n my ex fiancee...now he's my husband for a lifetime..insyaallah... kalau diingatkan balik agak kelakar cara jumpe... jumpe atas padang kawad..

8 thn lepas bulan 3,bff aku nabilah panggil die mengajar kawad...passion die terhadap kawad sangat luar biasa...hahahha....masa tu aku form 5 dan dia dh abis sekolah tunggu result nak sambung blaja... awal2 die dtg mengajar time tu akh senggugut... sambil dlm hati ckp "ah poyola mamat ni"... die mengajar tiap hari tak pernah kiteorg bertegur.. tiba hari bertanding pun kiteorg masih tak bertegur or kenal...maklumla nabilah yang in charge...

Tah mcm mana...masa hari bertanding die bawak junior die...emm lupe nak mention yang masa die mengajar kawad amboi bukan main juniors meminati dia...kire mcm popular la..almaklumla sekolah perempuan.camnilah jadinya... tetibe junior aku tgk hp die...nokia 6610..time tu mmg canggih abis la tepon tu... tanpa die sangka rupenye junior aku miss call diri sndiri demi nak tau nombor die...tp jangan silap sbb junior aku tu minat kat junior die ni...dan tah macam mana aku mjntak punye mintak,dpt la numb phone jumbo ni.. since mcm aku org kuat kadet polis, bersama bff yg lain rancang majlis birthday cikgu kadet sekaligus bg sikit cenderamata kat jumbo ni...

start dari situla aku mula sms die...aku yang mengorat la ni kononnya??hahhaa... jadi makin rapat tetibe sama2... aku pernah suke org,tp takdelah smpai sama2...persamaan kiteorg sbb kiteorg tak penah ade relationship dengan sesapa sebelum ni... biasa la pasang surut...ade gado..ade off setahun..tp alhamdulillah sampai jugak pada hubungan halal... semoga smpai hujung nyawa... so kenapa aku pilih 060614 tarikh kawen?sbb time ni la aku declare dengan die... so mcm mengenang kembali...genap 8thn,kawen.. (amboi lamanya)... 

Insyaallah semoga berkekalan sampai syurga..nasib baik ade jugaj org hingin ke aku... kalau tak, anak dara tua la aku... sbb nya aku ni kasar plus lelaki suke pompuan cantek jek! Hahahha.... selamat hari raya dari kami... 

Jun 22, 2014

I'm a wife already

Alhamdulillah dh dekat 2 minggu aku kawen... Well aku pon rasa mcm percaya tak percaya... Nak menunggu punyela lama.... Bile berlalu tu, mcm dlm tido jek sekejapnya... Anyway akhirnya... 8 tahun dh berlalu... Jumpa, kenal, rapat, kawan, couple, tunang, and finally... Kawen... Hopefully he's my 1st n last love... Until jannah insyaallah... 

Sangat2 terharu pada sahabat baik yang sentiasa ada menyokong, tanya preparation, abg cameraman yang merangkap dh mcm wedding planner aku masa majlis... Saudara mara yang sponsor banyak benda... Tak lupa tulang belakang majlis, family aku sndiri... Mak ayah dan adik juga along... Kalau tak, tak tau la majlis macam mana.... Adik yg banyak dengar aku memebebl, kemas2... Almaklumlah takde adik beradik lelaki... Thank u so much... Akan tiba masanya kalau aku stil bernyawa, aku pulak akan hempas pulas tolong adik, akak aku...

Thank to my husband sbb sudi terima apa kurangnya aku... Sabar dengan aku... Kerenah aku yg belum tentu siapa tahan... Tak lupa sahabat yg jauh di mata dekat di hati aku, yg selalu layan aku membebel pecah kepala masalah aku yg masa nak majlis jadi macam2... Thanx dekat aziera n nabilah yg bersusAh payah busuk2 tak mandi, tolong aku masa hari majlis, layankan keluarga mertua, teman aku smpai habis majlis... Pada leha nabilah pakaikan baju n tudung masa nk outdoor... Tetiba ada kawan sekolah rendah si nadira tulos pon ikot sama siapkan aku... "Daing, lama kita tak jumpa, jumpa2 terus nampak kau mcm ni..." Hahahhahaha... Masa sibuk siapkan aku pakai baju..bayangkan last jumpe darjah 6...miahahahaha.... 

Thanx to ayah n mak sbb belikan tikar getah, tolong kemas2 rumah sewa...rasa macam tetap baby to both of u... Bawak dtg durian sbb aku teringin durian... Well, ayah n mak mmg mcm ni... Kalau nak makan apa, selagi boleh di adakan, dorg akan carik n adakan... Pengorbanan kalian aku takkan lupa... Thanx pada suami yang sanggup terima keluarga aku jugak... Thank u kepada yang mendoakan wpun tak dtg... Eh lupeee... Kawan Llb yang sanggup dtg dari jauh merempuh kesesakkan lalu lintas... Thank u sangatttt... Jasa kalian hanya allah yang dpt membalas... Dila yang jauh nun dari pahang... Thank uuu



       Selesai akad, sarung cincin ke husband

      Before tu sarung brg kemas batal wuduk

     Sebelum menikah sempat self'we' dulu... Hahhahahaha...


     Tempat dating lagi dikenang... So here tasik y


     Minyak beku... Sebab ladang getah tak jumpe -,-


      Waktu matahari sejengkal... Habis muke terbakar


     I love this pic so muchh


     And also i love this colour... Nampak aku mcm suci tp gemok..eh.. Hahahhaa