fuh..rasanya sejak lepas aku kerja ni jarang betul ada keinginan nak menulis ditambah dengan kekangan internet yang selalu kejap ada kejap takde.. bila ada keinginan menulis tiada.. lepastu mr jumbo yang selalu dengki time aku baru nak pegang hp mulalah suruh buat air la apa la..cisss...
sepanjang 2015 banyak benda jadi.. tak sempat nak update.. antaranya mr jumbo kene training 9 bulan, exactly lepas balik bercuti kat Sabah.. ok tu later nanti aku update..sebab gamba tengah bersepah..hahahha... lepas tu kawan2 baik kawen, aku pon tahun lepas 2 tmpt kerja aku merasa... mula2 berusaha cari kerja guna jobstreet tp macam hampeh.. bajet2 mcm orang berebut sangat ke nak amik keje.. mintak punya mintak akhirnya bulan 6 tu aku dapat kerja kat sebuah syarikat tulis wasiat islam.. CEO dia sangat2 baik.. pekerja semua friendly... tp entah... aku ada sikit masalah hidup di KL. aku tak dapat sesuaikan diri.. ditambah ayah aku yang baru2 nak sihat kekadang sakit balik.. so aku decide berhenti.. 2 minggu je aku kerja.. masa tu nak raya dah aku berhenti.. sebenarnya sangat tak sampai hati dengan CEO dia. kalau la aku dapat bos mcm tu lagi. haahahhaa... takpelah experience
then aku berusaha lagi cari kerja. dan akhirnya aku akur terpaksa masuk balik bahagian guaman. selama ni menganggur sebab berusaha untuk keluar dari bidang ni. tapi tak berjaya. asalnya dapat kerja kat 1 firma. tapi aku rasa aku tak boleh bekerjasama dengan bos dia. nampak aku cerewet kan? nope. aku mmg sangat menghormati bos aku. mcm mana perangai pun aku akan tetap hormat. pada aku memang akan ada boundaries antara aku dan bos. biar bos ramah tamah macam mana pun. tapi aku dapat rasakan yang kalau aku kerja kat sini, aku akan sangat susah sbb bos dia ni kedekut ilmu sikit. even untuk kes sendiri pun tak mudah dia nak ajar. finally aku tolak kerja ni. dan bila survey2 memang kebanyakkan cakap dia ni bermasalah. ok nampaknya betul intuition aku.
cari punya cari akhirnya aku terpaksa meluaskan pencarian aku dari batu pahat ke johor bahru, terpaksala kan sebab aku dah 7 bulan tak kerja.. susah bagi firma guaman nak hire fresh macam aku. akhirnya kawan aku Mimi Hussein yang aku takdela rapat memandangkan dia senior aku. tapi sebab Ana kawan llb aku kenal dia, maka tetiba rasa ok jek. dia anak cikgu sekolah rendah aku dulu. dia yang dapatkan lubang kerja untuk aku. dan di sinilah aku kerja akhirnya. impian kerja kat negeri sendiri tercapai. hahahahhaa...
sempena 2016 ni, aku harap semuanya akan berjalan dengan baik.. sikit2 ujian tu biasalah ... boring kalau takde ranjau dan onak berduri... cehhh... :) will update other posts later..
No comments:
Post a Comment