Aug 4, 2015

#throwback : japan lcct --> kansai

jepun memang negara yang aku rasa mmg dalam list aku nak jejak... kebetulan kawan zaman sama2 buat kesalahan disiplin sekolah dan melanggar disiplin pengawas sekolah ada kat sana, maka nilah peluang aku menjejak kaki ke sana.. tp since aku bukan kaki travel, ditambah pulak dengan aku pelancong yang dijemput dan dibawa oleh "tour guide", maka tiada istilah nak amik tau gerabak kereta api nombor berapa or berapa tambang semua... yang aku tau masa aku pergi, tiket air asia harga RM1600 return siap luggage, makan breakfast untuk sorang pergi balik, makan malam dan lunch untuk 2 orang pergi balik... lebih kurang 800 la siap tax semua untuk seorang...

preparation? ok sebab aku ni mcm tourist yang dependable sangat pada tour guidenya, maka aku hanya text "fiqah, nak kene bawak baju bulu2 ke tak?" "tak payah sebab dah nak masuk spring" (aku pergi bulan 3, sehari sebelum mh370 hilang).. maka aku bawak trench coat yang aku beli kat jusco jek hoi.. nampak tak tahap aku memang tak prepare apa2? ubat? tiada... lip balm moiturizer? tiada.. pendek kata aku bawak baju berlenggang2, novel 2 buah kiriman fiqah dan kek cheese kut sebagai buah tangan untuk dia dari air tangan aku...

aku gerak dari batu pahat lepas aku habis kerja dalam pukul 6 rasanya sebab siap2 mandi semua... masa tu dapat la kecek masterji aku untuk balik pukul 5. dia ok jek since aku ni hanya chambering tempat dia. so sampai sana awal jugak la..masa tu ex tunang aku hantar... oh lupe aku travel dengan kakak aku..duit tiket pun die bayar sebab masa tu dia kaya...kahkah.. almaklumla tiket aku tempah setahun sebelum pergi... sejak zaman hingusan LLB lagi... masa nak berangkat lambai2 tangan kat ex tunang rasa sedih plak... rasa nak lipat2 masuk dalam luggage.. 

ok frankly speaking im quite excited for this trip since japan is my dream country to travel and my first time flying in the sky with air plane.. bahahahha.. so i didnt expect any bad thing happened.. tapi biasalah kan tiket pon murah, so kene la redha tmpt duduk pun airline yang arrange.. maka terpisahla kami adik beradik oleh lorong kecik.. aku duduk sebelah 2 japanese guys.. macam mana pun kalau aku kentut kakak aku masih boleh dengar la... lepas dah departed, maka dudukla kematu 6jam lebih dalam flight.. tido pon tak lena sebab sempit kan.. tp pukol 4 lbh pagi aku rasa kagum dengan kebesaran ilahi sebelah kanan sayap aku, nampak sunrise... pergh indahnya subhan allah... no wonder la nama negara ni matahari terbit kan... bila pandang sebelah kiri, japanese guys sedang tido meleleh2 air liur dan gelap (ok tu tipu jek..gelap betol)..

nak dipendekkan cerita, masa nak terbang pilot cakap estimation suhu 22 darjah. dalam hati agak kecewa.. sebab aku nak sejuk.. nak sejuk!!!!!!!ok takpe.. selamat jek landing, pilot annouce suhu 2 darjah.. ok maknanya malam tadi aku pekak... bukan 22 tp 2.. ok ini agak membingungkan sebab aku bawak trench coat nipis... ceh.....nak dijadikan 1 hal lagi, 3 jam kene tahan immigration sana yang tak berapa mesra alam seumpama aku penceroboh dan pendatang tanpa izin sebab aku tak letak alamat kawan aku.. tp ada la immigration yang baik aku lupe nama dia.. bg kad phone die usaha call fiqah,..alhamdulillah semuanya selamat... selamatla jumpa kawan aku yang sorang ni... malas nak cerita drama masa kene tahan.. kenangan buruk... so aku pon keluar pelok2 kawan aku sambil dia bawak pergi makan udon halal kat kansai airport..dia belanja! thanks fiqah!

buku merah jangan lupa bawa

masa tu ringgit belum menjunam 

declaration form..biasala kalau masuk negara orang kan

tu nampak tak aku duduk sebelah 2 japanese guys..agak susah la masa dorang bergilir2 nak g kencing -,-

hah tu bestfriend aku yang dah settle down sana dah pun... fiqah!

dengan kakak penaja khas tiket

udon yang fiqah belanja! nyums


#throwback title

phew phew lama jugak dah tak menulis...

rasanya dah banyak benda yang aku dah missed out... dan sempena kehidupan baru, posts yang lepas kebanyakkan nya dah dibuang memandangkan time tu mungkin belum akil baligh dari segi perasaan dan tindak tanduk... maka banyak kejadian meroyan terjadi.. walau bagaimanapun sepanjang tak menulis ni, kejadian2 yang terjadi akan jadi #throwback.. untuk kesenangan anak cucu baca nenek punya blog kan.. mana la tau... :)

Mar 10, 2015

penganggur tegar

Assalammualaikum...

Nampaknya hampir 3 bulan aku menjadi penganggur... bukan malas kerja, tapi belum ada peluang... kenapa dengan tempat lama? tempat lama ok jek.. cuma nya ada certain reasons aku tarik diri.. finally terdampar aku kat sini.. hahahaha...

mana suami? suami takde... dah pergi bersiap nak jaga keamanan Negara...eceh! that one of the reasons kena berhenti kerja.. sebab nakspend time before separated about 9 months.. so here I am... hanya duduk dan berbakti untuk kedua belah pihak keluarga...tapi I have big project to achieve...I have big dream to be fulfilled...semoga segalanya berjalan lancar...

bila duduk2 macam ni, rasa macam alatak bestnya takde duit nak pergi berjalan2 tengok bumi Allah yang besar ni... ada beberapa Negara yang memang dalam list aku nak sangat pergi selain Mekah.

 
1. JEPUN
 
kenapa jepun? sebab sejak zaman sekolah lagi aku dah di hadapkan dengan kisah2 jepun kat tv. beach boys, great teacher onizuka dan paling best kisah cikgu gangster.alamak lupa tajuk cerita. Dan Alhamdulillah Negara pertama yang aku jejak keluar dari Malaysia adalah Jepun since one of my bestfriends ada kat sana... rasa aku dah update dah pun. cuma tak habis update jek. Tapi aku tak pergi pun Tokyo... cuma pergi Gifu, Osaka, Nagoya dan Kyoto.. besar sangat hokayh Jepun tu...
 
 
2. ISTANBUL
 
Negara ni aku nak pergi sebab ada tinggalan sejarah Islam yang macam menarim untuk diselongkar. bukan sebab cerita Istanbul aku dating  okey... aku nak sangat pergi sebelum cerita tu wujud lagi.. Nak jugak tengok macam mana Negara yang 1 ketika dulu Islam tp finally jadi macam tak berapa nak Islam sangat... dan aku plan nak pergi dengan husband aku... yek! save this place to travel with beloved husband sekali la kalau ada rezeki dengan umrah sekali...beribadat sambil tengok kebesaran ilahi...
 
 
3. NEW ZEALAND
 
hokay ni antara tempat aku nak sangat pergi... Nampak tak tempat2 yang aku nak pergi bukan terkenal untuk shopping ok... bukan interest aku nak shopping2... aku suke tgk view... sangat suka... aku suka antara tempat yang aku boleh back to nature...new Zealand aku rasa terkenal dengan tempat semulajadi yang cantik.. selain ada lembu yang gemok mcm encik jumbo..eh..hahaha.. ada jugak scene cerita hobbit...auwww... dan juga lord of the rings! hewhewhew...insyaallah akan sampai tempat ni jika diizinkan Allah dan ada rezeki lebih...
 
 
4. KOREA
 
Negara ni baru jek masuk dalam list aku... tak pernah pun rasa nak masukkan sebab tak terdedah pun dengan Negara ni... hahaaha.. tp lately rasa meluap jugak nak pergi sebab Runningman! please blame my friend for introducing this variety show to me... arghhh... habis LLB baru aku start marathon cerita ni yang aku save dari cikin... dan akhirnya kakak aku pun terjebak diikuti dengan sepupu rapat aku... dan makcik aku...hahhahaha... tapi the most important thing sebab kenapa aku nak pergi sangat, sebab budaya dan makanan... ya allah.. aku memang tak suke shopping barang but i'll do anything for food... seriously...Jepun dan Korea makanan dia mengiurkan...aku rasalah...
 
 
aku rasa setakat ni, 4 Negara ni jek yang aku memang listkan nak pergi... yang lain2 akan pergi jika ada rezeki lebih... dan jika ada peluang.. tapi Negara yang paling aku tak teringin nak jejak adalah US.. hahhhhaa... memang tak pernah terasa nak pergi pun langsung... eh Negara pertama keluar Malaysia aku jejak Singapore! hahahhaa... lupa sebab Singapore kan dekat jek dengan Johor... so kentut pon aku boleh dengar.. tapi seriously Singapore worth it to travel because of its foods...pergh makanan dia sungguh sedap dan banyak pelik. bukan pelik sebab apa. tapi sebab kat Malaysia ada yang tak boleh makan.. hahahha... tapi sana ada yang boleh makan... sebab Melayu buat... 5 bintang untuk makanan!
 
 
wish that all my dreams will come true...   :)

Sep 12, 2014

'tuah' kami...

jumaat.. supposedly today is my off day..ececeh... tp disebabkan nak amik cuti ahad dan isnin makanya aku ganti harini... bos aku tak kisah orangnya as long as keje siap... emm mungkin sebab aku hanyalah chambering student kot...hahahaa.. startla staf nak ikut jejak langkah aku ganti mengganti..padahal takleh kot.. ataupun sebab bos aku consider yang 16 julai sepatutnya aku dah habis..dah ada lesen dah sekrang ni oi!

takpe2.. kata orang kahwin ni bawak rezeki.. Allah tolong orang yang ikhlas nak menuju ke jalanNya..eceh.. tapi kalau lepas kau kawen, kau berguling2, malas usaha, tunggu duit jatuh dari langit, sampai bile2 la kau takkan dapat kesenangan, lepastu mula salahkan takdir pulak... kalau dulu aku memang tak pandai manage duit... duit elaun selalu habis san aku rasa tak cukup... tp alhamdulillah sejak kawen ni, cukup jek siap bayar hutang.. hahahaha... mungkin sebab jumbo mmg disiplin.. duit belanja lunch aku rm7! takleh lebih! hahahaha,,, nak makan kek ke apa ke, tunggu dengan dia nanti.. dan dia tak kacau pun elaun aku yang pada dia celah gigi die jek...

disebabkan jumbo ni jugak seorang yang sangat penyimpan, sepatutnya aku janji nak sama2 menabung duit letrik, sudahnya aku rasa die sorang jek kot buat.. ampun! dan alhamdulillah cukup jek aku makan malah macam dipam2 badan ini sampai tgk cermin menjerit ingatkan siapa dalam cermin ni... sebab tu aku pun tak suke tgk cermin sekarang... hhahahhaa... (alasan padahal cermin tah mana hilang)...

dan disebabkan penjimatan terhebat dan usaha jumbo mencari duit, akhirnya dapat kami sambut tuah kami... mungkin itu 1 pencapaian yang membanggakan la kan... siapa Tuah? itulah kereta kami..bakal memberi khidmat untuk aku dan jumbo cari rezeki halal... Turbo dah jual... sayu jugak masa nak jual Turbo.. masa keluarga baru Turbo datang nak amik Turbo..yela susah senang kot dengan Turbo...Turbo la yang berkhidmat untuk jumbo mencari rezeki di samping menyenangkan aku belajar masa kat Shah Alam dulu... (nangis sambil makan keledek goreng)...keluarga baru Turbo dari Pahang jauh datang sebab nak Turbo...sebab Turbo cantik... (nangis lagi sambil makan cempedak goreng).. jenuh aku berkejar-kejaran dari court untuk jumpe keluarga baru Turbo... almaklumlah Jumbo ada interview time tu...dan alhamdulillah staf tempat kerja banyak membantu terutama runner tmpt kerja aku,..yela, setengah orang mana nak heran kan sbb aku bukan staf pun... tp sanggup die tolong hantar sampai Puspakom... (now i miss Turbo) jual Turbo sbb nak dapatkan Tuah?kedengaran agak kejam di situ...

tp dalam hidup kite memang tak boleh tamak nak semua... kadang2 kita terpaksa bijak buat keputusan... so Jumbo let go Turbo sebab nampak orang tu pun ok dan betul2 nak Turbo... tiba masa Turbo berkhidmat untuk orang lain pulak,,, dan ambil Tuah sbb lebih stable dan selesa untuk jalan jauh,,, memandangkan Jumbo selalu kene travel.. dan bagilah rasa kan hasil titik peluh die.. kedekut plak kalau mampu tapi taknak keluarkan duit kan... melabur sesuatu untuk dapatkan sesuatu...

harapanku pada Tuah agar dapat berkhidmat dengan kami untuk cari rezeki ye Tuah... :) syukur alhamdulillah...

we will miss u Turbo... (kesat air mata sambil makan keledek goreng)





welcome Tuah! hope u will bring luck in our life... :)
(1000km/j in a week..pecah teruna dah Tuah)

Aug 25, 2014

ex bff,ex bf,ex fiancee

Alhamdulillah akhirnya habis jugak syawal.. banyak perkara yang terjadi sepanjang tak menulis ni... well alhamdulillah almost 3 months as a wife.. rasa syukur 8 thn akhirnya selamat..

He's my ex best friend,my ex boyfriend n my ex fiancee...now he's my husband for a lifetime..insyaallah... kalau diingatkan balik agak kelakar cara jumpe... jumpe atas padang kawad..

8 thn lepas bulan 3,bff aku nabilah panggil die mengajar kawad...passion die terhadap kawad sangat luar biasa...hahahha....masa tu aku form 5 dan dia dh abis sekolah tunggu result nak sambung blaja... awal2 die dtg mengajar time tu akh senggugut... sambil dlm hati ckp "ah poyola mamat ni"... die mengajar tiap hari tak pernah kiteorg bertegur.. tiba hari bertanding pun kiteorg masih tak bertegur or kenal...maklumla nabilah yang in charge...

Tah mcm mana...masa hari bertanding die bawak junior die...emm lupe nak mention yang masa die mengajar kawad amboi bukan main juniors meminati dia...kire mcm popular la..almaklumla sekolah perempuan.camnilah jadinya... tetibe junior aku tgk hp die...nokia 6610..time tu mmg canggih abis la tepon tu... tanpa die sangka rupenye junior aku miss call diri sndiri demi nak tau nombor die...tp jangan silap sbb junior aku tu minat kat junior die ni...dan tah macam mana aku mjntak punye mintak,dpt la numb phone jumbo ni.. since mcm aku org kuat kadet polis, bersama bff yg lain rancang majlis birthday cikgu kadet sekaligus bg sikit cenderamata kat jumbo ni...

start dari situla aku mula sms die...aku yang mengorat la ni kononnya??hahhaa... jadi makin rapat tetibe sama2... aku pernah suke org,tp takdelah smpai sama2...persamaan kiteorg sbb kiteorg tak penah ade relationship dengan sesapa sebelum ni... biasa la pasang surut...ade gado..ade off setahun..tp alhamdulillah sampai jugak pada hubungan halal... semoga smpai hujung nyawa... so kenapa aku pilih 060614 tarikh kawen?sbb time ni la aku declare dengan die... so mcm mengenang kembali...genap 8thn,kawen.. (amboi lamanya)... 

Insyaallah semoga berkekalan sampai syurga..nasib baik ade jugaj org hingin ke aku... kalau tak, anak dara tua la aku... sbb nya aku ni kasar plus lelaki suke pompuan cantek jek! Hahahha.... selamat hari raya dari kami... 

Jun 22, 2014

I'm a wife already

Alhamdulillah dh dekat 2 minggu aku kawen... Well aku pon rasa mcm percaya tak percaya... Nak menunggu punyela lama.... Bile berlalu tu, mcm dlm tido jek sekejapnya... Anyway akhirnya... 8 tahun dh berlalu... Jumpa, kenal, rapat, kawan, couple, tunang, and finally... Kawen... Hopefully he's my 1st n last love... Until jannah insyaallah... 

Sangat2 terharu pada sahabat baik yang sentiasa ada menyokong, tanya preparation, abg cameraman yang merangkap dh mcm wedding planner aku masa majlis... Saudara mara yang sponsor banyak benda... Tak lupa tulang belakang majlis, family aku sndiri... Mak ayah dan adik juga along... Kalau tak, tak tau la majlis macam mana.... Adik yg banyak dengar aku memebebl, kemas2... Almaklumlah takde adik beradik lelaki... Thank u so much... Akan tiba masanya kalau aku stil bernyawa, aku pulak akan hempas pulas tolong adik, akak aku...

Thank to my husband sbb sudi terima apa kurangnya aku... Sabar dengan aku... Kerenah aku yg belum tentu siapa tahan... Tak lupa sahabat yg jauh di mata dekat di hati aku, yg selalu layan aku membebel pecah kepala masalah aku yg masa nak majlis jadi macam2... Thanx dekat aziera n nabilah yg bersusAh payah busuk2 tak mandi, tolong aku masa hari majlis, layankan keluarga mertua, teman aku smpai habis majlis... Pada leha nabilah pakaikan baju n tudung masa nk outdoor... Tetiba ada kawan sekolah rendah si nadira tulos pon ikot sama siapkan aku... "Daing, lama kita tak jumpa, jumpa2 terus nampak kau mcm ni..." Hahahhahaha... Masa sibuk siapkan aku pakai baju..bayangkan last jumpe darjah 6...miahahahaha.... 

Thanx to ayah n mak sbb belikan tikar getah, tolong kemas2 rumah sewa...rasa macam tetap baby to both of u... Bawak dtg durian sbb aku teringin durian... Well, ayah n mak mmg mcm ni... Kalau nak makan apa, selagi boleh di adakan, dorg akan carik n adakan... Pengorbanan kalian aku takkan lupa... Thanx pada suami yang sanggup terima keluarga aku jugak... Thank u kepada yang mendoakan wpun tak dtg... Eh lupeee... Kawan Llb yang sanggup dtg dari jauh merempuh kesesakkan lalu lintas... Thank u sangatttt... Jasa kalian hanya allah yang dpt membalas... Dila yang jauh nun dari pahang... Thank uuu



       Selesai akad, sarung cincin ke husband

      Before tu sarung brg kemas batal wuduk

     Sebelum menikah sempat self'we' dulu... Hahhahahaha...


     Tempat dating lagi dikenang... So here tasik y


     Minyak beku... Sebab ladang getah tak jumpe -,-


      Waktu matahari sejengkal... Habis muke terbakar


     I love this pic so muchh


     And also i love this colour... Nampak aku mcm suci tp gemok..eh.. Hahahhaa







May 11, 2014

Party bujang katanya...



Semalam the whole day aku keluar... Dari pg sbb uruskan certain benda yang perlu diuruskan... Biasalah... Hal2 duniawi utk melangkah ke next phase of life... Kang kalau tak buat sndiri takde sape nak buatkan... Well aku anak perempuan... Maka keluar dgn nabilah utk jumpa cikgu2, g kedai kek menempah ... Dan lain2... 

Lepastu hantar nabilah balik sbb die kene bersidang,,, ahli politik uollss... Hehehhee... Tapi die janji malam kul 10 nak amik aku lepak... Aku pun ckp la ok... Tp sblum tu aku menyuarakan pendapat utk lepak dgn kawan2 lain yang ada kat bp... Tapi die diam jek... Aku ckp "nk ajak azie tak?" Since kiteorg ber3 mmg lepak sesama selalunya... Tp kali ni nabilah kata "tak payah!" Padu dan jitu jawapannya...

Aku pelik... Kenapa? Gaduh ke? Tp semua terkubur dlm hati jek... Kakak aku pun ckp die tak suke aziera ke? Aku angkat bahu tanda kecelaruan minda dan tanda tanya yang terlalu banyak dalam otak... Pukul 10 abis sidang tetibe die suruh aku bawak baju keje... Katanya nak siapkan buku aku sama2,,, aku pun tak kisah la... Maka aku mmg pakai baju tido yang smpai jek rumah die, aku akan terus tido... 

Masa die dtg amik amik aku, die suruh aku pakai penutup mata tido die... Aku rasa mcm ade rasa2 la jugak... Tp masih menandatanya dlm hati... Die bawak pusing2... Sampai jek, aku dgr bunyi moto... Banyak... Ade tangge... 3 tmpt terbayang... Aku ckp, kite kat mana? Wayang? "Tak payah nak wayang sangat...aku bukan fizo omar" tp masih lagi bising berkata sambil memegang erat lengannya seolah mcm aku nak gigit die masa kat uss dulu... Tangga banyak pulak.. Aku yang bermulut bising teruskan becok berkata2... Lepastu aku masuk2 aku mcm bau tmpt karaoke... Aku sangka aku kat karaoke belakang rumah Aku tu tp tetibe naik lif... Aku pelik... Aku ckp kenapa kite naik lif? Abil jawab bukan lif.. "Takyah nak tipu sgt bil...hari2 aku naik lif...camni la bunyinya" die gelak... 

Bile pintu ting! Aku keluar pastu die nak bla tinggalkan sambil gelak...aku menjerit jekla... Tapi aku tak bukak la mata tu lepas tu...bukan sbb kengkonon happy kene tutup mata macam ni, nak di surprise kan...tapi sbb aku taknak menghadapi masyarakat sbb dh menjerit dan berperangai pelik... Tetibe aku dgr suara aziera... Dan bila bukak mata, aziera dan nabilah!! Surprise party dengan belon2, makanan dalam hotel,,,spend time before die ke mekah dan before aku tamatkan zaman bujang aku... Happy rasa nak menangis sbb wpun aku mcm tau2 apa die nak buat, tp aku still tak tau di mana dan siapa turut serta... Thank u... Sbb biasanya surprise selalu tak dpt jadi especially bile tunang try.. Aku selalu kantoikan,,, sori jumbo... Hahahahaha...

Nabilah kata die terpaksa bagi jawapan padat sbb taknak aku banyak tanye... Aku selalu "kenap?" "Mengapa" smpai kekadang benda terkantoi... Hahahhaaa... Walaupun mereka berdua, tp aku rasa syukur sbb dapat gelak, kongsi cerita2 saat akhir... Party kami bukan party liar yang ade muzik...sekadar duduk borak, nasihat yang berguna sebelum jadi isteri, kongsi kisah dulu2, makan ats katil, ambil gambar, main mekap2, dan akhirnya tido... Alhamdulillah we manage to get up to perform our solah even we slept at 4 a.m... Hahahahhaa... Thank u guys... I will remember those moments... Indah sangat persahabatan ni... Sbb adanya kamu2 di sisi aku,,, tanpa kalian, mungkin aku sunyi... Korang kakak, korang adik, korang mak, korang best friends , korang musuh... Sume korang... Rasa nak peluk2... 


     Sempat nabilah snap waktu aku teraba2 mencari dia


        Ececeh ade monopod hah...senang


        Macam mok cik aku hah....

       Konon2 yang diraikan la....

        Again kami ....

      Juadah santapan pillow talk

      Night with besties...

      Baring sambil menghadap belon helium yang berterbangan di atapan

      Gigih aziera pergi dataran suruh abang jual belon isikan belon love... Nak love jugak! Sambil
       Terdengar org berbisik2 memandang beliau... Thank u atas pengorbanan itu... U guys are 
        The besttttt!!! 

Tamatlah sudahnya...memang tak la nak buat buku tu...mereka penat, mereka busy... Tapi mereka sanggup layan aku.,, thank u thank u and thank u again... Hanya allah akan membalas kasih sayang kalian untuk aku... 

Padanla semangat nabilah tanya "daing, kalau sedih kau suke tgk cite apa?" "Buat masa ni running man" "kalau happy?" "Running man!" Jitu... Smpai die pon give up nak tanye..rupenye itu antara program malam tu tapi tak jadi sbb running man beratus episod...hahahahahahah