Nampaknya hampir 3 bulan aku menjadi penganggur... bukan malas kerja, tapi belum ada peluang... kenapa dengan tempat lama? tempat lama ok jek.. cuma nya ada certain reasons aku tarik diri.. finally terdampar aku kat sini.. hahahaha...
mana suami? suami takde... dah pergi bersiap nak jaga keamanan Negara...eceh! that one of the reasons kena berhenti kerja.. sebab nakspend time before separated about 9 months.. so here I am... hanya duduk dan berbakti untuk kedua belah pihak keluarga...tapi I have big project to achieve...I have big dream to be fulfilled...semoga segalanya berjalan lancar...
bila duduk2 macam ni, rasa macam alatak bestnya takde duit nak pergi berjalan2 tengok bumi Allah yang besar ni... ada beberapa Negara yang memang dalam list aku nak sangat pergi selain Mekah.
1. JEPUN
kenapa jepun? sebab sejak zaman sekolah lagi aku dah di hadapkan dengan kisah2 jepun kat tv. beach boys, great teacher onizuka dan paling best kisah cikgu gangster.alamak lupa tajuk cerita. Dan Alhamdulillah Negara pertama yang aku jejak keluar dari Malaysia adalah Jepun since one of my bestfriends ada kat sana... rasa aku dah update dah pun. cuma tak habis update jek. Tapi aku tak pergi pun Tokyo... cuma pergi Gifu, Osaka, Nagoya dan Kyoto.. besar sangat hokayh Jepun tu...
2. ISTANBUL
Negara ni aku nak pergi sebab ada tinggalan sejarah Islam yang macam menarim untuk diselongkar. bukan sebab cerita Istanbul aku dating okey... aku nak sangat pergi sebelum cerita tu wujud lagi.. Nak jugak tengok macam mana Negara yang 1 ketika dulu Islam tp finally jadi macam tak berapa nak Islam sangat... dan aku plan nak pergi dengan husband aku... yek! save this place to travel with beloved husband sekali la kalau ada rezeki dengan umrah sekali...beribadat sambil tengok kebesaran ilahi...
3. NEW ZEALAND
hokay ni antara tempat aku nak sangat pergi... Nampak tak tempat2 yang aku nak pergi bukan terkenal untuk shopping ok... bukan interest aku nak shopping2... aku suke tgk view... sangat suka... aku suka antara tempat yang aku boleh back to nature...new Zealand aku rasa terkenal dengan tempat semulajadi yang cantik.. selain ada lembu yang gemok mcm encik jumbo..eh..hahaha.. ada jugak scene cerita hobbit...auwww... dan juga lord of the rings! hewhewhew...insyaallah akan sampai tempat ni jika diizinkan Allah dan ada rezeki lebih...
4. KOREA
Negara ni baru jek masuk dalam list aku... tak pernah pun rasa nak masukkan sebab tak terdedah pun dengan Negara ni... hahaaha.. tp lately rasa meluap jugak nak pergi sebab Runningman! please blame my friend for introducing this variety show to me... arghhh... habis LLB baru aku start marathon cerita ni yang aku save dari cikin... dan akhirnya kakak aku pun terjebak diikuti dengan sepupu rapat aku... dan makcik aku...hahhahaha... tapi the most important thing sebab kenapa aku nak pergi sangat, sebab budaya dan makanan... ya allah.. aku memang tak suke shopping barang but i'll do anything for food... seriously...Jepun dan Korea makanan dia mengiurkan...aku rasalah...
aku rasa setakat ni, 4 Negara ni jek yang aku memang listkan nak pergi... yang lain2 akan pergi jika ada rezeki lebih... dan jika ada peluang.. tapi Negara yang paling aku tak teringin nak jejak adalah US.. hahhhhaa... memang tak pernah terasa nak pergi pun langsung... eh Negara pertama keluar Malaysia aku jejak Singapore! hahahhaa... lupa sebab Singapore kan dekat jek dengan Johor... so kentut pon aku boleh dengar.. tapi seriously Singapore worth it to travel because of its foods...pergh makanan dia sungguh sedap dan banyak pelik. bukan pelik sebab apa. tapi sebab kat Malaysia ada yang tak boleh makan.. hahahha... tapi sana ada yang boleh makan... sebab Melayu buat... 5 bintang untuk makanan!
wish that all my dreams will come true... :)




























